Tips Tingkatkan Trafik Blog dan Engagement Facebook

Saya nak kongsikan tips ni. Dah lama simpan dalam komputer. Ada sesetengah saya dah kongsikan menerusi fanpage blog (http://www.facebook.com/bloghasrulhassan) ini. Tips ini saya ambil dari sebuah laman web lama dah, cuma tak keluar-keluar dalam blog sebab mikir nak translate bahasa tu.

Jadi, kali ini saya main taboh je masukkan terus dalam blog ni. Malas nak translate. Anda boleh baca dan cuba fahami sikit-sikit. Mana yang boleh saya tambah tu, saya selit-selitkan ayat gatal supaya boleh anda semua garu kepala yang berambut lebat selepas menggunakan produk Toppik Malaysia... haha.

Tips Tingkatkan Trafik Blog dan Engagement Facebook

Tips ini adalah tips bagaimana nak menambah engagement di fanpage blog anda (jika ada). Ia juga boleh digunakan sebagai teknik untuk entri blog anda mendapat tempat di timeline seseorang hasil daripada perkongsian di wall sendiri.
Tips Tingkatkan Trafik Blog dan Engagement Facebook
Dari data diberikan di atas, memang nampak Facebook ini boleh menjadi lubuk untuk jana trafik blog anda, asalkan anda tahu cara bagaimana nak selitkan entri blog menerusi teknik ini. Kalau ada Fanpage yang boleh kawtim dwibahasa, lagi syok.

Ayat di Facebook Fanpage Kurang 80 Patah Perkataan

Cuba lihat tips di bawah ini. Ada empat tips pilihan untuk dapatkan lebih engagement di Facebook. Pertama, guna ayat kurang 80 perkataan. Gunakan emoticon dalam post tersebut. Selalu sediakan status berbentuk soalan. Buat quotes dan kongsikan di wall Facebook Fanpage. Quotes ni macam kata-kata hikmah, ayat teladan .. ayat sarkastik, atau boleh je gunakan ayat yang tengah popular sekrang .. Qu Puteh Ku Putih .. hoho ...:P
Tips Tingkatkan Trafik Blog dan Engagement Facebook
Di bawah pula ialah perkataan-perkataan yang sering dijadikan umpan penarik. Selitkan perkataan ini di dalam status di wall sendiri atau Facebook Fanpage, ia akan sendirinya dikongsikan tanpa perlu susah payah gi serbu hendap bahagian komen page lain atau status kawan popular anda.
Tips Tingkatkan Trafik Blog dan Engagement Facebook
Ambil serius soal masa ni. Saya ada cuba tips ni, dan memang ada beza, walaupun tak banyak .. hoho .. tapi serius, jika kena dengan topik, ayat, gambar, video dan quote .. anda akan teruja nampak bilangan likes bertambah, begitu juga dengan share.
Tips Tingkatkan Trafik Blog dan Engagement Facebook
Saya dah cuba beberapa tips yang diberikan. Memang ada keberhasilannya tersendiri. Tapi tak boleh nak 'jual' sebab polisi Facebook sekarang dah tak benarkan benda-benda macam tu dikongsikan. Apa yang boleh dibuat ialah dapatkan engagement ini supaya dapat naikkan rank di Google.

Aha .. Google pun dah berikan rank kepada Facebook Page. Jadi, anda perlu tahu gunakan teknik di atas supaya enjin carian akan nampak page anda nanti. Dan untuk menambah rasa .... masukkan Fanpage anda dalam blog, kerana ia boleh menambah authoriti blog anda - selagi menggunakan keyword yang sama.
0 Komentar untuk "Tips Tingkatkan Trafik Blog dan Engagement Facebook"