Dapatkan Komisen Affiliate Dengan Cara Advertorial Percuma

Dapatkan komisen affiliate dengan cara menulis advertorial percuma. Teknik ini memang berkesan buat saya. Jika anda mahu cuba, anda boleh cuba buat dan terbitkan sebuah entri berinformasi mengenai satu-satu produk affiliate yang ingin anda promosikan.

Teknik dapatkan komisen affiliate menerusi advertorial percuma dah lama dipraktikkan di dalam blog. Sejak saya mendapatkan ebook Cara Buat Duit Dengan Blog, saya telah menggunakan teknik ini untuk mempromosikan produk panduan jobdirumah, terima kasih kepada rakan blogger yang juga pengasas buat duit dengan iLancee.com yang menyediakan ebook tersebut.

Dapatkan Komisen Affiliate Dengan Cara Advertorial Percuma

Begitu juga dengan rakan blogger SabreeHussin.com yang banyak menyediakan tips dan isi kandungan advertorial terbaik untuk saya gunakan bagi mempromosikan panduan jobdirumah. Hasilnya, saya mendapat komisen bertalu-talu Jobdirumah.com sehingga sekarang. Menerusi beberapa advertorial percuma; income dijana menerusi affiliate itu sudah boleh dianggap sebagai bayaran berterusan untukadvertorial dan review percuma yang telah saya terbitkan.
Teknik dapat komisen menerusi advertorial percuma
Teknik ini juga diceritakan dalam Kitab SEO Merah Jambu yang sudah menjadi rujukan terbaik para blogger yang mahu buat duit online masa kini menerusi blog masing-masing. Cuma ada beberapa rahsia besar dalam teknik penceritaan dan cara menulis yang tidak boleh saya dedahkan di entri ini. Andai mahu tahu, anda kena baca kitab penulisan blogger Encik Titan ini dari awal sampai habis.

Advertorial Percuma Hanya Untuk Program Affiliate

Teknik menulis advertorial percuma ini saya hanya gunakan untuk mempromosikan produk-produk affiliate yang terbaik dan betul-betul boleh beri manfaat kepada pembaca blog saya. Apatah lagi seandainya saya sendiri telah memilikinya dan mencuba teknik yang diperkatakan.

Hasil teknik SEO Merah Jambu Mengancam - Sehari Dapat Dua Sale Serentak!
Bukti komisen menerusi teknik SEO merah jambu

Teknik menjana komisen affiliate ini bukan hanya sesuai untuk produk tempatan sahaja, malah ia juga boleh dipraktikkan untuk produk luar negara. Jika anda mahu jana income produk affiliate luar negara dan jana income USD dengan sangat kencangnya, anda patut baca penulisan Raja Kamil - Affiliate USD, modalnya hanya USD1!

Cubalah teknik ini. Tapi jangan keterlaluan sangat sehingga menampakkan anda mendesak pengunjung. Lakukan cara yang betul dengan teknik SEO Merah Jambu.
0 Komentar untuk "Dapatkan Komisen Affiliate Dengan Cara Advertorial Percuma"