Maybank2u Malaysia Wajah Baru

Maybank2u Malaysia kini berwajah baru dengan paparan lebih dinamik dan mesra mobile. Laman web perbankan utama dan terbesar Malaysia, Maybank sudah memiliki 'wajah' baru apabila perkenalkan laman web yang lebih responsif sesuai dengan keadaan semasa dunia teknologi online.

Saya awal pagi tadi, macam agak terkejut sedikit apabila nak login ke akaun online Maybank2u.com.my apabila mendapat interface perbankan online telah berubah secara drastik. Mula tu ingatkan laman web main tipu-tipu je, tapi setelah login ke akaun, memang benarlah Maybank sudah perkenalkan laman web dengan cirian antaramuka yang responsif.

Maybank2u Malaysia Wajah Baru

Maybank2u Malaysia Wajah Baru
Aha ... Maybank pun sudah tukar laman web jadi lebih responsif, jadi seharusnya blogger Malaysia juga kena lakukan perkara yang sama untuk template blog masing-masing. Responsif bagus untuk pengalaman terbaik bagi pengunjung menggunakan peranti seperti tablet serta telefon pintar.
Maybank2u Malaysia Wajah Baru
Maybank2u Malaysia Wajah Baru
Cara mudah nak tahu sesebuah blog itu adalah responsif adalah dengan mengecilkan browser yang anda buka di komputer biasa atau laptop. Rekabentuk akan automatik berubah kepada paparan yang lebih mesra untuk pengguna mobile. Cuba anda kecilkan browser anda dan lihat bagaimana blog ini bertukar layout ... hehehe.. inilah yang saya maksudkan sebagai template blogspot yang responsif.

Walaupun bertukar saiz paparan, blog anda masih kelihatan menarik .... hehehehe.. :P
0 Komentar untuk "Maybank2u Malaysia Wajah Baru"