Mungkin pada blogger baru yang masih mencari tapak dalam dunia blog tidak ambil peduli tentang perkara ini. Mereka lebih suka sambil lewa, dan hanyatinggalkan komen untuk suka-suka. Tahukah bahawa dengan meninggalkan komen dengan betul, anda boleh menyerlahkan identiti anda sebagai seorang blogger yang ada kredibiliti?
Saya pernah berkata, komen yang agak keterlaluan boleh membunuh semangat berblogging. Saya pernah melihat ada blogger rasa kecewa kerana menerima berjujukan komen yang kasar, yang kurang membina, sehingga membuatkan blogger itu tidak lagi berkongsi sesuatu bermanfaat di alam maya.
Seni Komen Bina Kredibiliti Blogger
Bila nak tinggalkan komen, paling perlu adalah sifat sabar dan kawal kemarahan ketika nak buat sesuatu komentar. Penting untuk menjadi pemberi komen yang sentiasa bersangka baik. Jangan terburu-buru tinggalkan komen selagi anda tidak hadam apa yang sedang dibicarakan.
Jika anda ikut perasaan, tak baca habis, suka melulu dan bertindak rakus, beginilah yang berlaku pada blogger ini - Terima Kad Kuning Kerana Komen Tak Berhemah. Sesal dahulu tiada gunanya, apa yang penting kita sedar kesilapan dan kesalahan yang telah berlaku, dan bertindak untuk menjadi lebih baik pada masa akan datang.
Anda patut baca apa yang telah disampaikan oleh blogger yang terima kad kuning kerana komen tak berhemahnya tu, banyak yang boleh anda pelajari!
0 Komentar untuk "Seni Komen Bina Kredibiliti"