Kesilapan Template Sering Dilakukan Blogger Newbie

Apabila saya buat segmen, contohnya Jom Kenal Blogger Baru Bro HH; saya akan mula jalankan aktiviti untuk melihat perkembangan dunia blog Malaysia melibatkan blog dan blogger newbie. Apabila saya blogwalking ke blog-blog yang baru nak naik, dan setahun jagung ini, maka akan nampaklah kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan terutama dari segi template dan layout blogspot.

Jujurnya, saya ini bukanlah pakar bab-bab nak buat nilaian. Tetapi sebagai seorang blogger yang rasa dah tua dalam dunia blog ini, dan pernah melakukan kesilapan yang sama satu ketika dahulu, maka menjadi rasa tanggungjawab untuk menegur dan perbaiki kekurangan yang ada pada blog-blog baru ni.

Hoho.... boleh je saya offer servis dan caj untuk perbaiki kesilapan template blogger newbie, tapi rasanya tidak tergamaklah pula. Bukannya mereka tak mampu nak bayar, tapi sebab benda ni simple dan boleh dilakukan sendiri. Bila baiki sendiri template dan buat pembetulan, setidak-tidaknya blogger newbie akan dapat ilmu dari situ.

Kesilapan Template Sering Dilakukan Blogger Newbie

Kesilapan Template Blogger Baru

Antara kesilapan yang sering dilakukan oleh blogger newbie ...

  • Template atau layout tidak seimbang. Ruang post utama ruangnya sempit, tapi di sidebar besar. Malah tulisan di sidebar lebih menyerlah dari tulisan dalam entri.
  • Penggunaan warna yang tak sesuai. Banyak sangat warna yang gagal menarik perhatian mata. Sana sini berwarna warni tanpa perlihatkan keseragaman.
  • Ada widget-widget hiasan yang merosakkan pembacaan pengunjung. Contohnya kelopak bunga besar-besar berhujanan, letusan bunga api warna warni, kelip sana kelip sini dalam entri post.
  • Tulisan bersaiz kecil yang sukar untuk pembacaan, terutama entri atau blog post.
  • Memilih template yang saiz lebar kecil. Apabila kecil, bila keluar di peranti mudah alih akan jadi lebih kecil.
  • Tajuk dalam entri tidak diseragam dan mengikut H Tag yang betul. Sebelah atas tulisannya besar, tengah lebih besar, pastu kemudian kecil balik, pastu besar balik. Atas kaler lain, bawah kaler lain. Memang nampak unik dan adakala cantik, tetapi ia ganggu sedikit cara pengunjung nak hadam pembacaan.
  • Saiz header. Ada besar sangat, ada yang kecil sangat. Ada yang nampak tak sepadan dengan tema keseluruhan blog dan sebagainya.
  • Background blog yang tidak sesuai dan menghalang pembacaan oleh pengunjung.

Ok. Itu antara kesilapan template yang boleh saya katakan. Tapi secara kesimpulannya ialah banyak blog baru dan blogger baru yang taksub untuk menggunakan widget-widget tertentu di dalam blog, terutama muzik. Bukan tak boleh nak guna. Boleh je, tapi biarlah sesuai.

Contohnya widget muzik. Buka-buka blog dah terpasang lagu. Tak boleh nak berhenti-henti. Pastu siap ada widget senarai lagu pulak. Cuba bayangkan kalau entri baru tajuknya - Al Fatihah Datuk Aku Meninggal, tetapi keluar lagu seronok-seronok .. macam tak kena pula .. ye tak?

Sekadar teguran biasa sebab pernah lakukan satu ketika dahulu. Al maklumlah, zaman tu tak siapa nak tegur saya buat blog.

Jangan terasa hati dengan apa yang saya sampaikan ini. Boleh ikut kalau nak. Tak ikut pun tak mengapa. Blog anda, hak anda untuk tunjukkan pada dunia.

Rasa-rasa ada yang tidak berapa nak betul, tegur-tegurlah saya juga ye.
0 Komentar untuk "Kesilapan Template Sering Dilakukan Blogger Newbie"