Apakah rahsia untuk menulis entri berkualiti ini?
Rahsianya ada ____ (sila isi sendiri) .... in Sha Allah, anda akan dapat isikan dengan tepat bila dah selusuri entri ini.
Rahsia Menulis Entri Berkualiti
Rahsia pertama untuk menulis entri berkualiti ialah .....Jangan buka laman sosial ketika menulis entri blog. Ketika anda mahu menyediakan entri yang berkualiti di dalam blog, pastika anda tidak login ke akaun Facebook anda. Pertamanya ialah kerana ia akan ganggu penumpuan anda, al maklumlah FB ini sentiasa update setiap masa, setiap saat dan minit ada je benda yang akan keluar di timeline. Kemungkinan anda akan terlupa idea bila tetiba diganggu oleh status provikatif apatah lagi bila nama anda dimention dalam status tersebut.
Rahsia kedua ...
Jangan buka email. Email juga boleh menjadi penghalang untuk anda meluahkan idea untuk menulis sebuah entri blog yang berkualiti. Mungkin anda sedang menunggu satu email yang penting. Jika ada, pastikan samada anda tidak menulis entri baru atau anda terus simpan entri dalam draft untuk membolehkan anda baca email penting tersebut. Jika tiada ada-apa email yang sedang ditunggu, tak perlu buka tab email di pelayar internet anda.
Tahukah anda bahawa teknik hasilkan entri berkualiti adalah salah satu rahsia pakar buat duit online yang dibongkar?
Rahsia ketiga ..
Elakkan buka perisian yang menggunakan memori yang besar, contohnya Photoshop atau Video Maker. Saya selalu sahaja bermasalah bab ini. Apabila sedang asyik menulis entri, tetiba komputer jadi kaku beku, nak taip apa-apa pun tak boleh. Tersekat. Nak tak nak kena reboot balik komputer, akibatnya .. entri yang dah tulis panjang berjela hilang sebab tak sempat nak save. Rugi. Ayat-ayat terbaik yang dah ditulis terus tak ingat lagi bila nak sambung tulis.
Rahsia keempat ...
Pastikan anda hanya buka dashboard blogspot sahaja, dan berada di dalam mode editor blogspot. Perhatian anda akan tertumpu dan mengelakkan anda melihat perkara lain yang ada di komputer dan pelayar internet anda.
Entri berkualiti mesti ada rujukan tertentu. Sebelum anda menulis entri baru anda, cuma dapatkan pautan-pautan rujukan tersebut dan terus masukkan ke dalam entri. Nak lebih afdal dan tidak ganggu gugat semasa membikin entri berkualiti anda, baca dahulu sumber-sumber rujukan tersebut dari awal sampai habis dan ambil nota perkara penting yang ingin anda highlight.
Cahaya. Anda perlu pastikan keadaan sekeliling cukup cahaya. Ia bagi membolehkan mata anda menangkap dengan cekap kesilapan semasa menulis entri baru. Entri yang bagus mesti meminima kesilapan ini - termasuklah kesalahan ejaan dan cara penulisan beremosi.
Tiada gangguan luaran. Adakala kita dah siap sedia dengan langkah-langkah di atas, tetapi terdapat aspek luaran yang ganggu konsentrasi - TV, radio, telefon. Kalau boleh jangan pasang TV, jangan dengar radio dan pastikan mode silent atau gegar-gegar bagi telefon anda. Jika anda gunakan telefon pintar, pastikan ia tidak berada di dalam mode wifi atau mobile-data aktif.
Seandainya anda seorang surirumah atau house husband seperti saya, aktiviti-aktiviti seperti mengemas rumah, basuh kain baju, memasak mestilah segera dilaksana sebelum menulis entri baru. Jika anak anda ada bersama, seperti bayi kecil, saya syorkan anda tidurkan mereka dahulu atau berikan sesuatu untuk mereka bermain sendiri.
Tahukah anda Kitab SEO Merah Jambu juga bercerita mengenai entri berkualiti ini untuk jana income menerusi blog?
Pilih masa yang terbaik untuk menulis entri. Inilah yang paling utama. Dengan pilihan masa yang bagus, tanpa gangguan, tanpa disrupsi .. in Sha Allah, satu entri berkualiti terbaik boleh anda hasilkan. Cadangan saya ialah menulis entri selepas jam 10 malam atau pada waktu awal pagi. Pada waktu ini, gangguan adalah minimal dan otak lebih mesra untuk berfikir dan keluarkan idea bernas.
Semoga entri ini bermanfaat kepada anda, terutama untuk blogger baru yang masih lagi mencari rentak untuk menghasilkan sebuah entri berkualiti.
Entri berkualiti adalah penting supaya pengunjung dan pembaca terus tertarik kepada blog anda. Ia juga menjadi aspek utama untuk menjadi Malaysia Best Blog 2015 yang ramai blogger perkatakan.
0 Komentar untuk "Rahsia Menulis Entri Berkualiti"