Perutusan Khas Najib Razak Mengenai Ekonomi Malaysia 20 Januari 2015

Perutusan khas daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai ekonomi Malaysia disampaikan pada 20 Januari 2015. Perutusan khas - Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara 2015 ini adalah untuk memberitahu dan menjelaskan mengenai keadaan ekonomi dan kedudukan kewangan Malaysia, terutama setelah kejatuhan harga minyak dunia, dan perkembangan nilai matawang ringgit semasa.

Perutusan Khas Najib Razak Mengenai Ekonomi Malaysia 20 Januari 2015

Perutusan Khas Najib Razak Mengenai Ekonomi Malaysia 20 Januari 2015
Perutusan khas Datuk Seri Najib Tun Razak telah disampaikan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). Ia mengandungi beberapa langkah kerajaan untuk menanggani masalah ekonomi semasa termasuk mengenai dasar pelancongan, pelaburan dalam negara, pelaburan luar negara, penggunaan bahan, barangan dan perkhidmatan tempatan dalam perolehan Kerajaan dan beberapa perkara lain yang menyentuh kesejahteraan rakyat umumnya.

Tindakan Kerajaan Pulih Kawasan Banjir Besar Terjejas Teruk

Turut dinyatakan ialah mengenai tindakan kerajaan dalam memulihkan kembali keadaan kawasan-kawasan yang terlibat dengan banjir besar Disember 2014. Sebanyak RM18 juta disediakan untuk pulihkan kemudahan-kemudahan awam seperti hospital, jalanraya sekolah dan jambatan.

Beberapa kemudahan meringankan beban mereka yang terlibat dengan banjir besar turut diumumkan termasuklan kadar faedah pinjaman yang diturunkan, bantuan kewangan menerusi TEKUN, dan beberapa agensi lain terutama melibatkan bank-bank tempatan.

Bajet 2015 Dikurangkan

Manakala, program PLKN 2015 turut dimansuhkan seketika yang membolehkan kerajaan berjimat RM400 juta. Penjimatan bajet kerajaan turut melibatkan pemerolehan aset-aset seperti barangan pejabat, kenderaan dan sebagainya - yang tidak penting juga dilakukan untuk berikan penjimatan sebanyak RM300 juta.

Untuk lebih faham, saya syorkan anda baca teks ucapan penuh perutusan khas Datuk Seri Najib Tun Razak - Perdana Menteri Malaysia mengenai ekonomi Malaysia 20 Januari 2015 dibawah.

Teks Ucapan Penuh Perkembangan Ekonomi Semasa dan Kedudukan Kewangan Negara 2015


0 Komentar untuk "Perutusan Khas Najib Razak Mengenai Ekonomi Malaysia 20 Januari 2015"