Kontraktor tempatan perlu bantu ringankan beban mangsa banjir. Begitulah apa yang saya fikirkan di dalam kepala otak yang dah semakin karat ini. Rasanya masih banyak ruang untuk kontraktor terutama bumiputera menunjukkan kebolehan dan kemahiran. Keadaan menyedihkan di kawasan-kawasan terjejas banjir besar terutama di Kuala Krai dan Gua Musangperlukan kontraktor untuk dipulihkan 100 peratus.
Kontraktor tempatan mesti ambil peluang ini bukan sahaja untuk mendapatkan tender kerajaan, tetapi juga sebagai satu cara untuk membantu meringankan beban mangsa banjir. Masuk e-perolehan dan e-bidding untuk daftarkan syarikat dan kemudian kemukakan sebut harga untuk baiki dan bina penempatan mangsa banjir yang diluluskan kerajaan.
Kerajaan memerlukan sangat ramai kontraktor terutama bumiputera untuk bantu pulihkan keadaan di negeri terjejas banjir. Maka, jika anda seorang kontraktor mahupun usahawan yang mahu bantu kerajaan tetapi pada masa yang sama memperoleh peluang untuk tunjukkan kemahiran, kebolehan dan keupayaan, inilah masa yang sesuai.
Ia juga platform untuk anda bantu 'dalam diam' meringankan beban mangsa banjir.
Saya ada menyediakan Rujukan dan Tips Untuk Mendapatkan Tender Kerajaan sebagai persediaan untuk kontraktor yang berminat bantu ringankan beban mangsa banjir ini. Ada bajet khas telah disediakan oleh kerajaan untuk proses pemulihan kawasan terlibat banjir ini.
Kontraktor Tempatan Perlu Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir
Pengumuman Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Perutusan Khas Mengenai Ekonomi 2015 telah membuka peluang lebih cerah untuk kontraktor tempatan membantu mangsa banjir di kawasan terjejas teruk. Penempatan baru bakal dibina, rumah-rumah kediaman rosak perlu dibaiki, sekolah, masjid, jalanraya rosak dan banyak lagi kemudahan perlu segera dipulihkan - semuanya ini memerlukan kontraktor.Kontraktor tempatan mesti ambil peluang ini bukan sahaja untuk mendapatkan tender kerajaan, tetapi juga sebagai satu cara untuk membantu meringankan beban mangsa banjir. Masuk e-perolehan dan e-bidding untuk daftarkan syarikat dan kemudian kemukakan sebut harga untuk baiki dan bina penempatan mangsa banjir yang diluluskan kerajaan.
Kerajaan memerlukan sangat ramai kontraktor terutama bumiputera untuk bantu pulihkan keadaan di negeri terjejas banjir. Maka, jika anda seorang kontraktor mahupun usahawan yang mahu bantu kerajaan tetapi pada masa yang sama memperoleh peluang untuk tunjukkan kemahiran, kebolehan dan keupayaan, inilah masa yang sesuai.
Ia juga platform untuk anda bantu 'dalam diam' meringankan beban mangsa banjir.
Saya ada menyediakan Rujukan dan Tips Untuk Mendapatkan Tender Kerajaan sebagai persediaan untuk kontraktor yang berminat bantu ringankan beban mangsa banjir ini. Ada bajet khas telah disediakan oleh kerajaan untuk proses pemulihan kawasan terlibat banjir ini.
0 Komentar untuk "Kontraktor Tempatan Perlu Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir"