Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) ditubuhkan di bawah Akta PR1MA 2012 untuk merancang, membangun, membina dan menawarkan perumahan berkualiti tinggi berkonsepkan gaya hidup moden bagi penduduk bandar berpendapatan sederhana.
Permohonan PR1MA Dibuka Sehingga 28 Februari 2015
Syarat Permohonan PR1MA 2015
Syarat untuk membeli dan mendapatkan rumah PR1MA:- Warganegara Malaysia.
- Berkahwin atau Bujang dan berumur 21 tahun ke atas.
- Pendapatan individu atau seisi rumah (suami-isteri) antara RM2,500 - RM10,000 sebulan.
- Tidak memiliki hartanah lain.
Hanya permohonan yang didaftarkan dan memenusi syarat sahaja boleh memohon skim PR1MA ini.
Anda yang berkelayakan hanya boleh mula memohon projek perumahan yang telah dibuka sahaja. Untuk pendaftaran sehingga 28 Februari 2015, terdapat 8 permohon dibuka melibatkan tiga wilayah di Malaysia.
- Wilayah tengah - PR1MA Seremban Sentral, PR1MA Alam Damai
- Wilayah selatan - PR1MA Bandar Layangkasa, PR1MA Melaka Tengah 1, PR1MA Tebrau
- Wilayah utara - PR1MA Bandar Meru Raya, PR1MA Kuala Ketil, PRIMA Sungai Petani 1
Semoga berjaya.
0 Komentar untuk "Permohonan PR1MA Dibuka Sehingga 28 Februari 2015"