Update:
Salam warga WC. Saya ada buat thread untuk soal jawab SEO. Kalau ada soalan atau minat nak belajar boleh ikuti thread tersebut di:
Soal Jawab SEO 2015l
Salam, WC
Saya baru dalam forum ni tapi dah 2-3 tahun buat internet marketing part time. Teknik yang saya paling suka adalah SEO (search engine optimization) dan kebanyakan web property saya bergantung kepada SEO. Sekarang ni pun satu je website yang guna trafik dari FB, itupun bayar iklan hasil trafik dari website lain.
So harini izinkan saya berkongsi sedikit sebanyak tentang macam mana saya buat SEO dan apa yang berkesan dalam setahun lebih akan datang ni. Google sentiasa update algorithm dorng, so sebagai ahli SEO kita pun kena updated jugak.
Sejarah SEO:
Untuk membantu newbie2 sekalian, mari kita masuk ke sejarah seo dengan ringkas dan macam mana industri ini boleh bermula.
Article Directory:
Sebelum Google, Yahoo, Bing, dan lain-lain Search Engine ditubuhkan, satu-satunya cara untuk mendapatkan maklumat di internet adalah melalui directory. Article directory secara spesifiknya. Website directory ni bertujuan mengumpul artikel2 yang ditulis untuk disebarkan kepada umum. Jika saya seorang doktor, saya akan menulis artikel tentang klinik dan cara nak contact saya dan submit ke artikel directory.
Masalah directory ni sangat ketara: directory ni tunggu kita nak submit site kita, dan dia tak susun maklumat tu dengan baik. takde macam sekarang, search "wang cyber" dapat banyak search results, kita tinggal nak pilih je. kalau nak tau mendalam boleh lah research.
Bila datang Alta vista, Google, yahoo semua ni, semuanya berubah. Google contohnya, gunakan "bots" untuk cari website yang relevant dan indexkan dalam database dorg.
MENDE TUH?!!
Cara mudah nak paham camni. anda tgh baca artikel ni sekarang, guna PC kat rumah. baca benda ni, ternampak iklan kat sebelah, klik pulak, jumpa website jual backlinks. pastu klik pulak iklan tu, jumpa website lain. dan seterusnya dan seterusnya.
apa yang google buat, benda sama jugak, cuma instead of manual guna PC klik satu-satu, dorg guna server berkuasa tinggi untuk cari website/page baru dari domain registrar, directory, blog, news, semualah.
kemudian google ni lagi power dari yahoo dan bing sebab dorg bukan saja index pages/website yang dah jumpa tu, tapi ada algorithm untuk susun data tu supaya orang senang cari. algorithm tu kira macam resipi la. sebab kalau resipi tu salah result pun salah, customer tak suka la. kalau cari pasal siti nurhaliza pastu jumpa muka datuk k sekali, maknanya resipi tu power. kalau cari dato siti jumpa bill clinton, maksudnya resipi tu masalah sikit.
PANJANG LEBARNYA!! GET TO THE POINT!
OKOK sori.. kenapa internet marketers nak sangat seo ni? kalau saya bagi awak senario ni awak nak tak:
website/blog awak nama dia kempisperut.com. "kempis perut" ni benda yang 10000 orang cari dalam google dalam satu hari. siapa tanak kurus kan? blog/website awak no 1 dalam google. orang taip "kempis perut", result no satu kempisperut.com.
katalah position no satu ni dapat 30% je trafik = 3000u/v sehari (u/v = unique visitor = orang yang first time sampai ke website awak)
katakan jugak awak guna adsense kat website awak dengan purata setiap click = RM1, CTR = 1% (CTR = click-through rate = dalam 100 orang, berapa ramai yang klik iklan awak)
3000x1%xRM1 = RM30/hari x 30 hari = RM900/bulan. ini untuk satu website/blog, setiap bulan selagi blog itu no satu untuk "kempis perut".
nak tengok betapa powernya benda ni sebenarnya:
kita amik asb = 7%/year
RM900x12 = RM10800
berapa cash dalam asb baru boleh dapat RM10800/year?
RM154,245 ~ RM155,000.
nampak tak? website yang menjana income RM900/bulan nilainya untuk warga bumiputera sama dengan RM155,000 CASH dalam tangan. kalau bukan bumi lagi tinggi nilai dia, sebab mana nak dapat 7%?
Kalau specialize seo ni dia jadi long-term asset kita, dimana website kita tu boleh dijual untuk cash.
so macam mana nak buat seo?
seo ni ada dua:
ONPAGE SEO
OFFPAGE SEO
dua-dua ni penting, tapi onpage ni lagi senang nak buat compare dengan offpage. dan onpage ni terhad sikit power dia. kalau onpage power macam mana pun, kena competitor dapat offpage yang power, kalah jugak kita.
keadaan sama jugak sebaliknya. saya pernah hantar backlinks PR2-5 dekat seratus lebih dekat website saya yang offpage dia grade F, tak muncul langsung dalam google. kemudian saya cerita yang tu pulak.
ONPAGE SEO:
onpage ni banyak yang dah tahu basic dia. sebab basic dia simple je sebenarnya. yang tak berapa basic tu orang tak banyak tahu. sebab tak berapa simple.
Basic Onpage:
1) keyword kat url:
contoh macam blog kita tadi, kempisperut.com. onpage seo la tu. google tengok sekali je dia terus tau website tu pasal apa. takyah teka. pastu url pages/post. kita panggil pages jela senang. post tu pun sejenis page jugak sebenarnya. contoh page:
kempisperut.com/3-rempah-yg-boleh-kempis-perut.html
nampak tak permainan dia? ada jugak kempis perut tu kat situ. straightforward, kan?
2) keyword kat tajuk:
kalau url dah cantik, tapi tajuk dia "Kenapa Zain Saidin Kawen Pompuan Tua?" google akan abaikan page tu sebab dia mengelirukan. ok tu contoh yang agak ekstrim, tapi kalau kita amik contoh kita kat atas tu:
"3 Rempah yang Boleh Bagi Anda KURUS macam Che Ta"
pun tak cantek. kena target "kempis perut" tu. Jangan tukar jadi kurus pulak. Che Ta tu pun takyah kot. gediks
3) keyword kat <h1> tag:
mende nih? ni macam tajuk kecik bawah tajuk besar tu la. contoh:
"Rahsia kempis perut ni anda nampak kat pasar hari-hari. Nak tau apa?"
so kita ulang lagi bagi kompem kat google yang artikel ni sesungguhnya pasal kempis perut.
4) keyword kat content:
ini maksudnya keyword(kw mulai sekarang sebab malas nak taip) dalam content. kalau content tu artikel, bagi ada kw dalam tu 3-4 kali bergantung kepada berapa patah perkataan. target 1-1.5% supaya tak kena penalty. (nanti kita bincang penalti pulak cane)
so kalau artikel ada 500 patah perkataan, maksimum 1.5% lebey kurang 2 kali "kempis perut" muncul dalam aritkel tu (eh? kenapa? nanti saya explain kat bawah). kalau saya saya anggap "kempis perut" tu satu perkataan. ada yang anggap dua. tapi saya anggap satu sebab saya dah test G (short form untuk google) memang kira benda tu satu subjek bukan dua.
5) image alt tag:
image alt tag ni html tag untuk gambar. dalam bahasa pasarnya dia ni label untuk G kenal benda tu benda apa. kalau ikan, ikan laut ke ikan sungai? ikan sungai keli ke tilapia? G sebenarnya boleh je baca nama image fail tu cth rosmah_hot.jpg. tapi kalau file tu xde nama macam 17087654hiljsnfgik.jpg, kita boleh guna alt tag ni untuk bgtau G yang image ni pasal "Rosmah Hot". (kalau berani cubalah search kw ni kat google)
so itu yang basic.
Advanced onpage SEO:
ni yang orang banyak kompius. sebab dia mmg mengkompiuskan gak sebenarnya kalau kita hilang focus. tapi kalau kita focus, kita tau yang seo ni tujuan dia nak bagi tau kat G page yang kita buat ni berkenaan subjek(kw) apa? so jom kita start:
1) over-optimization.
tu base inggris dia. base jawa dia susah nk translate skit. basically maksudnya letak kw tu banyak sangat dalam aritkel pastu kena tangkap pastu hilang ranking dalam google. kalau nak elak benda ni tak la susah sangat:
- buang tags, categories, recent posts yang tak berkenaan. kalau url, tajuk, h1, image alt dah ada "kempis perut", tu dah 4 kali. dalam aritkel lagi 5 sebab nak cukup 1% untuk artikel 500patah perkataan. dah 9. tu kan 1.8%. pastu ada tags pulak "kempis perut murah", "kempis perut sekarang", dah 11. pastu categories pulak "petua kempis perut", "produk kempis perut" dah 13. 2.6%.. ni paras bahaya. saya pun kadang-kadang lepas kadang-kadang tak lepas. kalau detect ni boleh kena penalize. so hati-hati. kalau lagi tinggi kw density (kw/patah perkataanx100) sebenarnya lagi cepat ranking tu naik. tapi risiko lagi tinggi nak kena penalize.
2) duplicate content
ni lagi ramai confuse. rehat jap, penat menaip
*ok dah rehat*
duplicate content ni apa? ni google punya resipi baru untuk menentukan page mana yang patut naik untuk kw mana. kalau berminat nak tau lanjut pasal benda ni, tanya kat bawah. nak paham benda ni senang je. back to basics:
seo ni tujuan dia nak bagi tau kat G page yang kita buat ni berkenaan subjek(kw) apa?
so tgk benda ni. kalau google bot datang page awak, tgk ada 5 page yang url dia pakai kw sama semua, yakni "kempis perut". mana yang nak naik no 1? kan masalah tu. so G akan pilih je satu ikut resipi dia, yang mana mungkin page tu bukan yg awak nak.
atau lagi teruk awak akan ditendang keluar daripada search results terus (de-indexed) kerana sabit kesalahan no1 iaitu over-optimization. cuba menipu search engine dengan melebih-lebihkan kw yang anda target sehingga menjejaskan keselesaan pengguna.
3) keliru antara domain dan page
ini memang kerap terjadi. G hanya akan rank page awak, bukan domain awak. kalau homepage tak relevan, dia akan cari post/pages awak tgk ada relevan ke tak. kalau takde jugak dia akan move on ke website/blog lain. kalau nak optimize, kena optimize seluruh website, bukan homepage saja. ini termasuklah offpage seo. semua yang kita baru belajar tadi kena apply kan kat semua page dalam website/blog kita yang kita nak target untuk ranking dalam G. kalau tak sia-sia usaha.
so itu saja setakat ni untuk onpage seo. episod lepas ni kita masuk cara nak buat offpage seo pulak. kalau minat sila subscribe kat thread ni. tima kaseh.
Copyright © 2014 Panduan Cara Tips Terkini dan Terbaru - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info
0 Komentar untuk "[TIPS SEO] SEO untuk 2015"