Cara mudah jadi peniaga emas dengan modal permulaan kecil

Cara mudah menjadi peniaga emas dengan modal permulaan yang rendah dan membina perniagaan emas dengan hanya menggunakan wang modal perniagaan yang sedikit.

Bagaimana menjadi usahawan emas dengan modal yang rendah untuk membina perniagaan emas melibatkan urusan jual beli emas fizikal sambil melabur emas untuk mendapat keuntungan, menambah pendapatan dan menjamin kehidupan masa depan. Perkara utama untuk membina perniagaan emas adalah mempunyai pembekal atau pemborong emas yang dapat membekal emas secara konsisten dan berterusan. Begitu juga semua jenis perniagaan yang ingin di mulakan adalah mencari pemborong atau pembekal barangan yang paling kukuh dan memberikan harga paling murah. Selepas dapat pembekal terbaik barulah perkara-perkara lain di usahakan seperti modal,pelanggan dan sebagainya untuk berjaya dalam perniagaan.

Tapak perniagaan atau pembekal emas yang paling kukuh dan terbesar di Malaysia kini yang memberi peluang perniagaan emas dengan modal terendah adalah syarikat emas Public Gold. Syarat biasa untuk menjadi pengedar emas atau dealer memerlukan modal yang tinggi iaitu perlu membeli produk emas sekaligus minimum RM30k sedangkan anda tiada modal sebanyak itu. Sebenarnya ada rahsia bagaimana menjadi peniaga emas dengan modal yang rendah. Sebelum di buka rahsia untuk menjadi peniaga emas dengan modal yang kecil, peniaga emas mestilah mempunyai ciri-ciri untuk menjadi peniaga emas yang berjaya.

Syarat-syarat menjadi peniaga emas yang berjaya :
Ciri 1. Mempunyai pembekal emas atau syarikat emas yang baik.
Pembekal emas atau supplier emas mestilah syarikat emas yang kukuh dan dapat membekalkan stok emas dengan banyak dan cepat. Pembekal atau supplier emas mampu membekal emas setiap masa tidak kira waktu harga emas naik ataupun turun dan dapat membeli balik emas pada spread yang kecil bukan hanya mahu menjual emas.

Ciri 2. Mempunyai usaha dan semangat yang berterusan.
Ciri penting untuk berjaya dalam semua bidang adalah rajin berusaha. Setelah mendapat pembekal emas mestilah rajin berusaha mempromosikan emas dan menjual produk emas sebanyak mungkin.

Ciri 3. Bersikap mesra pelanggan, amanah dan jujur.
Sifat mesra pelanggan penting supaya pelanggan tertarik membeli emas dan menjadi pelanggan tetap. Urusniaga jual beli emas hendaklah dilakukan secara tunai untuk mengelak perkara yang tidak di ingini yang boleh menyebabkan peniaga emas menjadi kurang bersemangat. Peniaga emas mestilah bersikap jujur kepada pelanggan dan kepada pembekal emas. Sifat amanah dan jujur adalah ciri penting untuk berjaya dalam perniagaan. Sikap jujur dan amanah akan dapat mengekalkan pelanggan dan meningkatkan pelanggan.

Ciri 4. Mempunyai modal perniagaan.
Modal adalah perkara utama untuk memulakan perniagaan. Untuk meminimunkan modal perniagaan hendaklah memilih membeli emas yang di gemari oleh orang ramai agar dapat meningkatkan jualan dan dapat memusing modal perniagaan.

Ciri 5. Mempunyai ilmu berkaitan dengan emas.
Peniaga emas hendaklah mempunyai ilmu yang berkaitan dengan emas atau boleh menganalisa harga emas supaya dapat membeli emas pada harga rendah. Peniaga emas yang berilmu akan dapat memberi keyakinan kepada pelanggan untuk membeli emas. Pelbagai cara untuk mendapat ilmu emas seperti melalui pembacaan buku, internet,menghadiri seminar dan sebagainya.



Seminar emas terbaru bertajuk : GST & Prinsipal Syariah Ke atas Emas Fizikal, akan di adakan di TH Hotel, Kelana Jaya pada 31/1/2015. 
Pakar ekonomi seperti Saudara Azizi Ali, Ustaz Mohd Khairul Anuar Mohd Basri,En Afyan Mat Rawi dan Pegawai Kastam akan berkongsi ilmu emas berkaitan prinsip syariah ke atas emas fizikal dan cukai gst ke atas emas. Tiket hanya bernilai RM100 yang akan diadakan dari pukul 8.00 pagi hingga 5 petang. Jangan lepaskan peluang menambah ilmu emas dengan menghubungi saya 019-9185593 untuk mendapatkan tiket.

Ahli perniagaan yang berjaya tidak terus mendapat kejayaan, tetapi bermula dari bawah untuk berjaya. Semua ciri menjadi usahawan akan dapat di perolehi apabila di pelajari dan diamalkan. Bagaimana cara menjadi peniaga emas dengan modal kecil ?

Cara mudah jadi usahawan emas dengan modal kecil tanpa perlu menyewa kedai emas atau membina kedai emas adalah dengan menjadi dealer public gold. Namun begitu syarat menjadi dealer public gold hendaklah membeli produk emas public gold sebanyak RM30,000 sekaligus. Walaupun RM30k adalah rendah dibandingkan untuk membuka kedai emas yang bernilai mungkin melebihi RM500k, namun ramai yang masih tidak mampu. Disini saya memberi idea teknik dan rahsia bagaimana untuk membina perniagaan emas dengan modal yang rendah.

Rahsia menjadi peniaga emas dengan modal kecil ialah :

1. Membeli dan menjual gold bar 1 gram melalui program GAP Public Gold. Public Gold sememangya satu syarikat emas fizikal terbesar Malaysia yang mempunyai kilang sendiri yang menjual emas dengan harga murah dan membeli balik dengan harga mahal adalah tapak yang amat sesuai untuk dijadikan pembekal emas untuk berniaga emas.Pengalaman saya bersama Public Gold lebih 4 tahun telah membuktikan public gold adalah syarikat pembekal emas terbaik yang bukan sahaja menjual emas tetapi membeli balik emas dengan mudah. 

Saya masih ingat pada September 2011 di saat harga emas tertinggi dan ramai pelabur yang menjual emas, public gold sentiasa bersama pelanggan menjalankan urusniaga serta membeli balik emas dengan lancar. Pada tahun 2012 dikala harga emas merudum jatuh, banyak kedai emas yang menutup kedai sementara kerana harga emas yang rendah, tapi public gold tetap menjual dan meneruskan urusniaga jual beli emas seperti biasa hingga kini. Jadi daripada ciri 1 menjadi peniaga Berjaya anda telah menemui pembekal emas terbaik iaitu Public Gold.

Gold bar 1 gram dalam program GAP public gold adalah satu cara menjadi peniaga emas modal rendah melalui syarat kedua menjadi dealer public gold iaitu membeli emas berjumlah RM50k bercampur-campur dalam tempoh 6 bulan. Jadi anda boleh membeli gold bar 1 gram program GAP dengan modal kecil dan berusaha menjual dan membeli balik jonkong emas 1 gram sehingga jumlah belian emas terkumpul RM50,000. Sememangnya gold bar 1 gram public gold adalah termurah dan terlaku yang mudah di jual kepada rakan-rakan atau orang ramai. KlikCARA MEMBELI GOLD BAR 1 GRAM SERTA JADI AHLI PUBLIC GOLD PROGRAM GAP.

Harga terkini gold bar 1 gram public gold adalah RM149 dimana public gold atau dealer menjual kepada bukan ahli dengan harga RM170.Harga emas Public Gold adalah tetap walaupun sesiapa membeli sama ada ahli atau dealer public gold. Dealer public gold akan mendapat komisen 1% sahaja ataupun hanya RM1.49 sen berbeza dengan ahli public gold. Dengan harga jual yang tetap dan margin keuntungan yang kecil kepada dealer, ahli public gold tiada masalah untuk menjual gold bar 1 gram public gold yang murah dan laku kini.

Contoh pengiraan jadi usahawan emas modal rendah,
Anda membeli gold bar 1 gram sebanyak 100 keping gold bar 1 gram dengan harga RM14,900, kata anda dapat menjual gold bar 1 gram ini dalam masa 2 minggu dengan keuntungan setiap keping gold bar 1 gram sebanyak RM170-RM149-RM5 (gold premium) = RM16. Jadi anda akna dapat keuntungan RM1600 apabila menjual kesemua 100 keping gold bar 1 gram. Selepas itu beli balik gold bar 1 gram dari jumlah modal dan keuntungan iaitu RM16,500 dan menjual lagi gold bar 1 gram tersebut. Dengan 2 kali belian emas sudah menjadikan jumlah belian emas anda 14,900 + 16,500 = RM31,400. Jadi apabila anda ulang menjual kesemua gold bar 1 gram tadi akan dapat menjadi peniaga emas apabila mencukupi RM50,000.

2. Cara menjadi usahawan emas dengan modal rendah juga boleh di praktikkan dengan kaedah pajak emas. Sekarang masa sesuai atau berisiko rendah memajak emas di arrahnu kerana harga emas rendah dan kebarangkalian harga emas naik dalam tempoh 11 bulan iaitu tempoh tebus emas adalah tinggi. Anda juga akan mendapat waang percuma jika harga emas naik. Klik TEKNIK PELABURAN EMAS DAPAT WANG PERCUMA DARI GADAIAN EMAS



Contoh pengiraan jadi peniaga emas teknik gadai emas,
Teknik gadai emas di arrahnu adalah cara cepat dan mudah menjadi pengedar atau peniaga emas public gold. Katakan anda hanya mempunyai modal RM20k sahaja. Jadi beli emas public gold berjumlah RM20k dan gadaikan semua emas tersebut di Arrahnu. Klik CARA MEMBELI EMAS PUBLIC GOLD untuk membeli jongkong emas atau emas dinar public gold dan terus mendapat emas. 

Dengan mengadai emas tersebut, anda akan dapat wang gadaian lebih kurang 65% iaitu RM13,000. Beli lagi emas dengan wang pinjaman gadaian ini dan pergi gadai lagi emas di Arrahnu. Anda akan mendapat lagi wang pinjaman gadaian sebanyak RM8,000 dan beli lagi emas public gold dan gadaikan lagi di arrahnu dan seterusnya. Jadi jumlah belian emas public gold dari 5 belian emas adalah RM20k + RM13k + RM8k + RM5 + RM3k = RM49k. Apabila mencukupi jumlah belian emas mencukupi RM50k sila maklumi public gold untuk naik taraf daripada pelanggan public gold kepada dealer atau peniaga emas public gold.
Teknik gadai emas berisiko jika harga emas turun atau kenaikkan kurang 10% kerana perlu membayar upah simpan pajak emas lebih kurang 10%. Tapi jika harga emas naik melebihi 10% anda akan mendapat wang percuma apabila sambung gadaian atau overlapped gadaian di Arrahnu.

3. Cara menjadi peniaga emas modal rendah adalah mendapatkan pelanggan awal. Katakan anda hanya mempunyai modal sebanyak RM10k, jadi sila dapatkan saudara mara atau rakan supaya dapat bergabung untuk membeli emas atas nama anda. Jika dapat mengumpul RM30k membeli atas nama anda, anda akan dapat menjadi peniaga emas. Berikan emas kepada rakan-rakan atau pelanggan awal anda tadi. Jika tidak cukup untuk membeli emas sekaligus berjumlah RM30k, anda boleh kumpulkan agar belian emas berjumlah RM50k untuk menjadi usahawan emas Public Gold.

4. Rahsia menjadi peniaga emas tanpa modal wang adalah dengan X-Plan public gold. Public Gold juga memberi peluang menjadi pengedar emas atau usahawan emas dengan bermodalkan emas. Jika anda mempunyai barang kemas atau jongkong emas jenama lain yang bernilai RM30k, anda boleh tukarkan kepada emas public gold dan terus bergelar dealer atau peniaga emas public gold. Klik TUKAR EMAS LAMA KEPADA EMAS BARU PUBLIC GOLD untuk maklumat lanjut.

Perniagaan emas bersama public Gold adalah peluang terbaik untuk melabur sambil berniaga emas kerana menguntungkan, tiada risiko dan selamat. Peniaga emas public Gold boleh berniaga secara langsung tanpa membawa emas, hanya perlukan brouchere dan talifon untuk mempromosikan emas. Perniagaan emas akan menjamin kewangan yang stabil serta masa depan yang lebih gemilang.


USAHA TANGGA KEJAYAAN
0 Komentar untuk "Cara mudah jadi peniaga emas dengan modal permulaan kecil"