Malaysia Best Blog 2015

Hehe..
Nampaknya ramai yang dah tulis tentang Malaysia Best Blog 2015 kat belog masing-masing. Ada yang tulis tak sampai sepuluh blog, ada yang pilih sampai lebih dari 10 blog dan tak kurang juga yang main hentam aje letak nama blog. Janji cukup syarat nak sertai peraduan yang tengah dok panas nih.

Malaysia Best Blog 2015

Secara jujurnya, aku tak tahu nak pilih sekurang-kurangnya 10 buah blog untuk tatapan korang. Sebab aku ada lebih dari 10 buah blog yang aku suka baca hampir setiap hari. Kalau online sahaja, blog-blog inilah yang aku selalu baca atas asbab yang berbeda.
LIMA kriteria mudah yang aku akan pilih adalah kerana..
1.Penulis blog tu MESTI cantik.
Pemilik blog tu cantek dan rupawan. Itu bonus besar bagi aku.
Blog lelaki hensem-hensem, memang susah aku nak “STAY” lama dalam blog tu. Kekadang, kursor mouse aku dah ready kat butang pangkah warna merah tu kalau artikel yang blogger lelaki ni tulis tak menarik. Tak best aje, aku pangkah. Jauh sekali nak komen. So, jangan hingat kau hensem aku nak lepak lama kat blog ekau.
Haha..
2. Ada skill yang memang hensem.
Skill ni ada banyak. Skill penulisan yang ada jiwa, skill penulisan yang menarik, skill tarik trafik, skill umpan orang beli produk, skill mengayat abang ensem, skill menulis artikel berhantu, skill menulis artikel yang menjual, skill mengehack blog-blog tempatan, skill bercerita pasal bola sepak tempatan dan memacam lagi. Skill design, skill photoshop, skill ambil gambar cantek, skill pilih theme wordpress dan memacam lagi.
Pendek kata, kalau skill ini ada dalam blog korang, dah cukup dah aku mengundi korang dalam salah satu senarai Malaysia Best Blog 2015 yang patut dibaca oleh rakyat Malaysia dan juga Indonesia serta Singapura.
3. Ada memberi nilai pada orang lain.
Aku tak cakap blog yang aku TAK pilih nanti tak memberi nilai atau inspirasi pada orang lain. Mesti ada juga korang beri sesuatu pada orang lain sepanjang korang menulis blog. Tapi blog yang aku pilih ni, biasanya pemilik blognya ada memberi “something” yang berbeza dan berkesan untuk pembaca mereka.
Dan nilai tu bagi aku cukup istimewa dan memberi sumbangan yang cukup besar untuk industri blog Malaysia sekaligus layak untuk dicalonkan sebagai “Malaysia Best Blog 2015″.
Okeh.
Cukuplah tiga sebab aje.
Lagi DUA sebab tu, aku dah lupa. Malas nak fikir semula.

10 Malaysia Best Blog 2015

Ini pilihan aku, korang tak suka..korang rasa diorang ni tak layak jadi calon Malaysia Best Blog 2015, aku pedulik apa. Pandangan orang dan aku adalah berbeza-beza. Tak semestinya aku suka, korang kena suka gak. Apa yang aku pilih ni, berdasarkan pemerhatian aku selama lebih 10 tahun dalam dunia blog di Malaysia.
1. Honeykoyuki.blogspot.com
Ini blog Cik Fatin Liyana yang punya.
Kenapa aku pilih blog dia sebagai salah satu Malaysia Best Blog 2015?
Dia cantik. Tu sebab utama aku pilih dia. Takde sebab lain. Tapi kalau nak sebab juga, dia dah pandai menulis dah sekarang. Kalau dulu gaya penulisannya agak hancur, tapi sekarang..agak bagus. Nampak sikit passion dia berbeza sangat berbanding blogger-blogger perempuan yang lain.
Aku tau, kebanyakkan blogger perempuan semua mula tulis blog sebab kagum dengan doktor ni. Sejak dia dok belajar kat Indonesia tu, sampailah dah jadi doktor kat Cheras tu.
So, dari sudut memberi nilai..dia salah seorang yang memberi inspirasi pada jutaan blogger perempuan dan laki-laki untuk mula buat dan tulis blog.
Siapa Fatin Liyana
Siapa Fatin Liyana?
2. Redmummy.com
Walaupun aku tak pernah “face to face” dengan akak nih, tapi blog dia cukup memberi nilai dan memberi sumbangan yang cukup besar dalam dunia blog. Mungkin korang tak pernah tahu kisah dia mula tulis blog, kisah dia mula dapat cek 10 ribu pertama dari menulis blog dan memacam lagi.
Dan satu lagi, dia ni memang jenis berani gak. Tulisan agak laser gak. Main lepas gak ayat-ayatnya dalam artikel beliau. Tapi aku boleh cakap juga, dia juga salah satu punca ramai orang perempuan mula tulis blog sampai aku dah tahu berapa jumlah sebenar dah orang perempuan kat Malaysia ni yang dah tulis blog. Ramai gila beb.
malaysia best blog 2015 redymummy
Malaysia Best Blog 2015 Redy Mummy
3. AkmaOmar.com
Aku rasa kalau aku tak tulis tentang blog makcik ni, aku macam rasa bersalah sangat. Haha..
Seriusnya, blog makcik ni memang best dibaca dan diskodeng. Sporting gak. Selalu kalah berdebat dengan aku. Nak menang aje. Tapi tetap kalah gak.
Sejujurnya, aku nak tulis pasal Cik Tom. Tapi sebab Cik Tom dah malas update blog, jadi tempat Cik Tom ni, Akma Omar yang paling layak ganti. Sebab kedua-dua orang perempuan ni pandai main SEO dalam kelas tersendiri berbanding blogger perempuan yang lain.
Buktinya dah merata-rata.
Sebab kedua-dua orang ni selalu “SAPU BERSIH” dalam mana-mana contest yang aku anjurkan. Contest orang lain pun diorang sapu gak tanpa rasa bersalah. Kejam sungguh kan diorang berdua nih..
Huh..
So, kalau nak belajar tentang SEO dan cara menulis yang disukai orang dan dapat banyak trafik dalam masa yang sama, boleh belajar dengan Akma Omar. Cik Tom masih dalam pertapaan.
akma omar
Akma Omar – Blog Paling Skema di Bumi.
4. Kujie2.com
Hehe..
Perempuan lagi. Nasiblah. Aku pilih berdasarkan TIGA sebab kat atas tu.
Okeh.
Kalau korang tak kenal dan tak pernah baca blog Kak Jie ni, aku tak tahu nak kata apa dah. Antara blogger paling lama dikalangan blogger “gegirl” yang pernah aku jumpa. Aku pernah jumpa, tapi tak pernah dapat borak lebih dari 10 minit. Serius, belajar something dari blog Kak Jie ni kalau korang semua betul-betul nak “STAY” lama dalam dunia blog yang penuh dengan cabaran nih.
Bukan senang suri rumah yang cukup berjaya ni boleh update blog selalu dan dalam masa yang sama boleh buat duit dari blognya yang satu tu.
Dan lagi best sekarang, Kak Jie tengah rajin tulis pasal si Carrot.
Itu lagi satu sebab mengapa ramai orang suka baca blog Kak Jie. Hehe..
carrot - kucing kak jie
Carrot – kucing kak jie
5. Denaihati.com
Okeh. Blog ni, kalau aku tak cerita mesti abam besar Amir ni mengamuk. Sebab blog ni dah jadi satu nama dan jenama yang cukup BESAR dikalangan para blogger di Malaysia. Aku tak nafikan cara dan strategi blog Denaihati cukup berkesan sekali untuk blogger di Malaysia.
Cukup rajin buat contest, buat seminar dan gathering. Aku aje yang tak berapa rajin nak datang. Sibuk sangat la konon-kononnya. Tapi serius, blog Denaihati antara penggerak utama yang menaikkan fungsi dan peranan blog jadi lebih popular pada 2-3 tahun ini.
Korang memang kena ucapkan terima kasih banyak-banyak pada Denaihati Network kerana memeriahkan lagi suasana dunia blogging tanah air kita nih..
malaysia best blog 2015 denaihati
Malaysia Best Blog 2015 -Denaihati
6. Ben Ashaari.
Jujur. Aku jarang baca blog dia hari-hari. Tapi bila aku dah terbaca, aku baca sekali berpuluh-puluh artikel dia sekali harung. Sebab kebanyakkan artikel dia memang pendek-pende belaka. Kadang-kadang, artikel dia memang best dibaca. Kekadang, memang tak best pun. Biasalah tu, bukan semua artikel yang kita tulis tu akan jadi menarik. Akan ada naik dan turunnya.
Serius, Ben Ashaari naik namanya sebab badan dia yang berketul-ketul tu. Ditambah lagi sebab dia hensem. Menambahkan lagi sebab ramai orang perempuan akan suka baca semua perkataan yang beliau tulis. Dan ini juga menjadi salah satu punca mengapa ramai orang terpengaruh untuk mula tulis blog.
Dia ada nama dan pengaruh yang besar. Advertiser pun suka orang macam dia. Ada nama, ada rupa, ada pengaruh. Senang nak bagi job dan Ben pun jenis tak lokek nak kongsi job dengan orang lain. Atas sebab itu, aku rasa blog Ben Ashaari pun turut layak untuk dicalonkan sebagai Malaysia Best Blog 2015 hasil usaha beliau bertahun lamanya.
malaysia best blog 2015 ben ashaari
Malaysia Best Blog 2015 – Ben Ashaari
7. Multees.com
Nama panjang dia, aku dah lupa. Tapi gegirl selalu panggil Abam Zeo Unic.
Blog brader ni sebenarnya takdelah best sangat. Tapi setiap artikel yang dia tulis tu nampak cantik untuk dibaca. Ayat kemas skema habis. Dan apa yang membuatkan ramai orang suka baca sebab dia ni memang cukup sukar nak update blog dia. Setiap perkataan kat dalam artikel dia sangat bernilai umpama telur emas.
Nak tunggu dia hupdate blog, punyalah hazzab menunggu aihh..
Apa yang orang cari dari brader ni adalah skill dan pengalaman beliau yang pandai buat duit melalui blog-blog beliau. Dan tahun 2014 yang lepas, buat julung-julung kalinya dia keluar dari bawah tanah untuk berkongsi pengalaman beliau kepada semua blogger yang berminat untuk buat duit dalam Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati Network dan Gathering IKR anjuran InfoKerjaya.
So, nak belajar buat duit, belajar dari beliau. Orangnya tak sombong macam aku. Dia baik orangnya. Hensem dan gagah perkasa. Tapi sayang, dah berkahwin. Jadi, orang-orang perempuan tak boleh dah nak ngorat dia.
Dan salah satu sebab utama aku pilih, sebab dia adalah peminat susah mati Manchester United.
So, kena pilih gak satu geng sendiri gak. Lantak la kalau korang peminat Arsenal atau Chelsea. Geng Liverpool dengan Queen Park Rangers jangan terasa sangat eh..
Haha..
– Masih 1st page lagi tu maa..
malaysia best blog 2015 - multees
Malaysia Best Blog 2015 – Multees
8. HasrulHassan.com
Okeh. Yang ni, aku rasa korang mesti kenal blog ni, kan?. Antara blogger sepenuh masa yang cukup popular dikalangan blogger-blogger Malaysia. Aku pun tak popular macam dia. Silap hari bulan, Fatin Liyana pun kalah dari sudut kepopularannya tauu.
Cukup banyak memberi nilai kepada pengguna blogspot kat Malaysia nih. Kalau korang rasa korang macam “bodoh” dalam bab-bab blogspot ni, nak letak gambar dalam blog pun tak reti, nak upload theme cantek kat blogspot korang pun masih bengap gak, bolehlah mintak tolong kat brader ni. Sebab dia memang mahir habis bab-bab blogspot ni dan atas sebab ini juga aku rasa blog dia wajar dipilih sebagai salah satu Malaysia Best Blog 2015.
Aku sendiri masih noob dalam bab-bab blogspot ni.
Jadi, jangan tanya aku. Gi tanya brader nih ek.
Dah lama gila tak tengok blog-blog aku kat blogspot nih.
malaysia best blog 2015 hasrulhassan
Malaysia Best Blog 2015 – Hasrul Hassan
9. Ohduit.com
Okeh. Brader nih adalah penganjur contest ni. Dia paksa aku letak gak blog dia dalam senarai 10 Malaysia Best Blog 2015 ni. Jadi, nak tak nak, kenalah gak ikut..kan? Kalau tak, dia tak nak bagi aku menang.
Huh, bukang main ekau ye..
Apapun, dari apa yang aku dok perhati sejak beberapa tahun ni, dia memang ada banyak blog. Jadi, tak payahlah korang nak terkejut sangat ye. Blogger macam ni, memang dia dok diam-diam je. Malas nak bising-bising sangat.
Dan dia ada skill dan juga salah seorang pakar SEO Malaysia yang bijak. Dia juga seorang pemain ebay yang gigih dan blogger separuh masa yang tak nak rajin update blog sendiri.
Tapi, aku rasa ramai orang tak kenal dia. Dia ni kiranya lama gak menulis blog. Cuma korang tak perasan aje. Tu yang tak tahu pasal blog-blog dia. Tak kenal makanan-makanan kesukaaan dia.
Masuk contest ni, baru korang tahu kan? Nampak sangat nak menang contest.
Macamlah aku tak tahu. Haha..
malaysia best blog 2015 ohduit
Malaysia Best Blog 2015 – ohduit
10. Ahmadfaizal.com
Hmmm..
Pasal blog mamat nih. Aku kena letak gak. Sebab ni blog aku. Kalau aku tak rasa blog aku ni tak layak jadi salah satu Malaysia Best Blog 2015, aku rasa macam bersalah sangat dengan orang lain yang memilih blog ini sebagai salah satu blog bacaan mereka setiap hari.
Betul. Serba salah jadinya. Mandi tak kenyang, tidur tak basah.
Huh..
Risau aku dibuatnya. Aku tak tipu tau. Tipu masuk neraka.
Sebab itu, aku letak gak dalam senarai nih jugak agar semua orang akan jadi lebih gembira.
malaysia best blog 2015
Malaysia Best Blog 2015
Kesimpulan.
Bagi aku, setiap blog ada kekuatan masing-masing dari pelbagai aspek.
Baca blog-blog tu semua dan belajar sesuatu. Sebab aku takkan saja-saja tulis panjang-panjang gini tentang 10 Malaysia Best Blog 2015 ni tanpa sebab. Setiap satu yang aku pilih tu, ada sebab-sebabnya tersendiri dan memang memberi nilai dan impak yang cukup besar dalam dunia blog tempatan.
Hargai mereka. Hormati mereka. Belajar sesuatu dari mereka.
Ambil nilai yang elok dan buang yang jahanam tu.
Semoga korang semua belajar sesuatu hari ini.
….
Sekian, terima kasih.
Semoga terhibur.


Read more: http://ahmadfaizal.com/2015/01/26/malaysia-best-blog-2015/#ixzz3Q1pf4JHU
0 Komentar untuk "Malaysia Best Blog 2015"