Ya.
Kisah sontot bagi pemain Emas ETA(Estimated Time Arrival) menjadi panas pada tahun 2015 ini.
Aku rasa ramai dikalangan kawan-kawan aku yang dah terkena dengan skim Emas ETA ini. Ada yang ambil loaded tu, loaded ini, ada yang ambil BKB la, apa la, BFF la, pump la dan memacam lagi bergantung pada bahasa pengelola yang buat skim tuh..
Geng cikgu-cikgu, geng kerani, geng surau pun ada, ustaz sana-sini pun masuk gak, pensyarah kolej pun ada, yang kerja bank pun ramai masuk dan orang-orang kampung pun terjebak sama.
Semuanya nak duit cepat aje, kan?
Kisah Sontot Pemain Emas ETA 2015
Yang masuk 5-6 ribu tu, aku boleh kata takdelah teruk sangat ruginya. Lagi-lagi kalau diorang masuk awal. Bulan-bulan yang awal tu dapat la juga sikit habuan sikit, tapi yang jadi masalah adalah pemain-pemain Emas ETA yang masuk lewat. Baru masuk 4-5 bulan lepas, masuk aje tahun 2015 ni, duit dah tak dapat bayaran. Duit pending, hari-hari dok check akaun bank online dengan harapan duit refund tu dah masuk..
walhal hakikatnya dalam hati diorang..
Semacam dah tahu, memang 99% agak mustahil diorang boleh dapat semula duit diorang.
1% aje harapan untuk dapat duit semula itupun kalau pengelola NAK bayar semula.
Cerita Sebenar Tentang Emas ETA.
Lebih kurang ginilah ceritanya. Aku copy paste aje isi kandungan dari laman web Hargaemas.com untuk memudahkan korang faham. Dan aku adjust sikit ayat agar semua jenis manusia boleh tangkap maksudnya.
Apa pengajaran yang kita boleh dapat dari skim Emas ETA yang dah kena sontot ni?
Jika ada skim pelaburan yang beri keuntungan atau dividen lebih dari 8% atau 10% dalam sebulan, jangan sertai sebab memang skim macam ini memang akan jatuh tak lama lagi. Paling lama pun, 2-3 tahun itupun kalau “pandai jaga” dan tak ramai yang sertai.
Jika ada orang tawarkan jual beli emas atau jual beli rumah atau jual beli blog dan bagi umpan agar kita KENA deposit duit ribu-ribu ringgit dan kita dapat duit tiap-tiap bulan ke akaun bank kita secara tetap, aku harap korang takkan sertai juga program atau skim pelaburan emas sontot macam nih.
Trust me.
Benda ini tak lama. Yang untung, pengelola, leader atau wakalah yang sengih lebar. Yang masuk lambat, yang kecik-kecik tu..semuanya tunggu masa nak kena sontot. Pengelola pun nampak sangat tengah berdolak-dalik dan memang tahu cara nak lepaskan diri sampai korang pun tak boleh buat apa.
Nak report BNM, nak report polis dan nak report sana, takut duit kena kebas dengan BNM.
Jadi, macam mana sekarang? Apa tindakan korang yang seterusnya?
Emas atau modal dapat balik tak?
Dalam kes skim Emas ETA ni, bila dah jadi ramai join sampai jumlah Emas ETA terkumpul mencapai beratus-ratus TAN..korang agak lah..korang dapat balik tak emas tu? Modal korang tu leh dapat balik tak bulan-bulan? Untungnya tu lagi? Banyak tu nak bayar..pihak bank pun mesti pelik bila ada transaksi banyak-banyak nanti..
Itulah salah satu sebab benda ni akan sontot jugak tak kiralah korang suka atau tak. Walaupun kes kali ini sebenarnya mungkin disebabkan pengelola pun dok kena tipu dengan orang lain. Jadi, nak tak nak..kena susun strategi la untuk tutup program nih dengan segera sebab dah takde duit dalam tangan nak bayar..
Tipu atas tipu la kiranya. (Macam Liar Game aje dah aku tengok Skim Emas ETA nih..)
Dan kepada pemain skim Emas ETA ataupun pemain skim silver ke, rumah ke, skim token, skim lot 10 ke dan macam-macam skim lagi yang dah bersepah kat internet nih..
Jangan salahkan orang lain.
Pertama sekali, SALAHKAN diri korang. Sebab korang memang dah bersalah sebab terlalu percayakan cakap orang lain terutamanya pengelola yang nampak alim dan sangat dipercayai. Wakalah dan leader pun korang percaya gak..
Korang kena fikir betul-betul sebelum berniat nak join benda ni. Tanya orang lain. Tanya orang yang ada ilmu sikit. Tanya pada mereka-mereka yang ada kepakaran dalam skim labur-labur ni, tanya pakar kewangan, pakar ekonomi dan mereka-mereka yang arif tentang ilmu pelaburan ni.
100% dari mereka akan kata..
“JANGAN MASUK!”
Ya. Aku tahu..ada yang masuk juga sebab anak mata dah bercahaya-haya nampak duit yang bakal dapat.
Tapi, nahh..apa sudah jadi sekarang?
Nak refund modal pun tak lepas. Dengar cerita, pengelola nak bayar RM100 bulan-bulan dulu sebab takut kena serang ataupun takut kena saman atau takut ahli keluarga kena ugut macam-macam nanti..
RM100..nak bayar hutang bank bulan-bulan pun tak lepas, kan?
Macam mana pelabur dan pemain Emas ETA ni tak mengamuk?
Malah, ada pelabur emas yang cuba bunuh diri apabila pelaburan emas dibekukan..
Nampak dah permainannya tu?
Kadang-kadang, aku tak faham dengan pemikiran orang kita.
Korang nak duit cepat aje, kan?
Tolong.
Fikir banyak-banyak kali selepas ini.
..
…
Allah bagi otak tu, untuk berfikir. Bukan untuk perhiasan lutut, kan?
Read more: http://ahmadfaizal.com/2015/01/24/kisah-sontot-pemain-emas-eta-2015/#ixzz3Q1pmdVgn
0 Komentar untuk "Kisah Sontot Pemain Emas ETA 2015"