Baru-baru ini Ayamas memperkenalkan menu baru berkonsepkan makanan Jepun yang pertama, Ayam Panggang Oishii (Chicken Oishii Roaster) di restoran RasaMas sempena Sambutan Tahun Baru akan datang. Oishii adalah bahasa Jepun yang bermaksud sedap.
Yang istimewa dengan Ayam Panggang Oishii adalah ayam diperap bersama ramuan istimewa sos soya dan sedikit madu sebelum dimasukkan ke dalam ketuhar dan panggang dengan sempurna.
Sebelum dihidangkan, Ayam Oishii ini disalur dengan teriyaki dan sedikit jus nenas untuk sedikit kemanisan!
Harga Set Ayam Panggang Oishii
Ayam Panggang Oishii boleh didapati di semua 17 restoran RasaMas di dalam Semenanjung Malaysia. Terdapat 4 pilihan set yang bakal menjadi kesukaan anda :
- Super – Duper Deal (RM46.90)
- Meal For 1 (RM10.90)
- Meal For 2 (RM28.90)
- Meal for 4 (RM40.90)
Ayam Panggang Oishii Memenuhi Citarasa Peminat Makanan Jepun
Bagi anda yang suka dengan makanan Jepun, boleh mencuba Ayam Panggang Oishii ini kerana set hidangan ini memang kena dengan citarasa makanan Jepun.
Bagi set Super Duper Deal (RM40.90), ayam panggang disediakan untuk 3 jenis iaitu Golden, Percik dan Lada hitam, tapi untuk set biasa hanya disediakan ayam panggang Golden.
Kami diberi peluang untuk merasa Ayam panggang Oishii Golden. memang kena dengan citarasa orang Jepun yang tidak suka kepedasan, ditambah dengan sayur campur yang dimasak bersama halia dan juga sup kosong.
Macam biasa, set ini sememangnya diihidang bersama dengan nasi ayam dan juga tofu goreng. Memang set hidangan yang lengkap!
Hadiah Ke Jepun untuk 5 Orang Secara Percuma
Sempena pengenalan set hidangan Ayam Panggang Oishii, pihak Ayamas mengadakan 1 contest untuk semua peminat masakan ala jepun ini. Dengan hadiah sepasang tiket pergi dan balik ke Tokyo Jepun untuk 5 orang!. Wow.! Menarik tu..
Caranya senang sahaja, ajak keluarga dan rakan-rakan makan di Ayamas dan buat pembelian set Super-Duper Deal. Selepas makan, isi borang penyertaan bersama slogan yang menarik.
0 Komentar untuk "Ayam Panggang Oishii Ayamas dan Peluang ke Jepun Secara Percuma!"