Bukan kerana sistem pertahanan atau imun badan sahaja, tetapi juga disebabkan bila dah semakin meningkat umur, dah macam-macam benda tarok dalam badan... hoho .. lagi kalau tidak jaga kesihatan diri macam tidak bersenam, tidak beriadah, suka melepak, amalan tidak sihat seperti jaga larut malam tak tido-tido .. itu semua boleh mendatangkan mudarat.
Tua Penyakit Mudah Datang
Siapa yang mahu sakit ye tak? Kalau bayi yang baru lahir tu boleh cakap dan fikir, dia pun akan cakap tak mahu sakit... hoho.Buat anda yang masih muda belia, sila-sila ingatkan diri sendiri untuk elakkan tubuh badan dari mudah terkena penyakit bila umur sudah masuk era otai (old taimer). Prevention is the best cure (betul ke nih?). Jika tidak beringat sekarang, nanti bila dah naik umur macam saya, sure jadi susah punya.
Oh ya, andai dalam famili ada keturunan penyakit kencing manis ke, lemah jantung ke, darah tinggi ke, darah rendah ke, kanser ke, apa-apa penyakit merbahaya, maka sering-seringkan diri untuk buat pemeriksaan kesihatan.
Nasihat ini adalah percuma. :)
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : "Rebutlah lima perkara sebelum datangnya lima perkara. Pertama : masa sihat sebelum sakit. Kedua : masa kaya sebelum datangnya masa sempit (miskin). Ketiga : masa lapang sebelum tiba masa sibuk. Keempat masa mudamu sebelum datang masa tua dan kelima masa hidup sebelum tiba masa mati." (H.R al-Hakim dan al-Baihaqi).
0 Komentar untuk "Tua Penyakit Datang"