Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, ekonomi dunia sekarang memang pelik. Harga minyak mentah turun mendadak dari USD100 ++ setong merosot sehingga kurang dari USD50. Arab Saudi pulak tetap berdegil tidak mahu mengurangkan pengeluaran walaupun didesak oleh banyak negara pengeluar minyak yang lain. Adakah Arab Saudi mendapat bayaran bawah meja daripada askar dajjal yang mengawal ekonomi dunia? Mungkin Arab Saudi akan mengambil pendekatan berbeza setelah kemangkatan Raja Abdullah.
Kerajaan Malaysia telah mengambil pendekatan pantas dengan mengubah suai bajet 2015yang ketika dirangka menggunakan harga minyak mentah USD100 setong. Pelbagai perbelanjaan yang dirangka dalam bajet 2015 telah dipotong untuk persediaan ekonomi yang semakin teruk. Kerajaan sudah bersiap sedia untuk memotong lagi bajet 2015 sekiranya harga minyak mentah jatuh lebih banyak. Bagaimana pula persiapan kita untuk menghadapi kemerosotan ekonomi dunia?
Seperti tulisan blogger hensem Ariff Shah matlamat kewangan antara kita tidak sama. Untuk menghadap kemerosotan ekonomi dunia kita tidak boleh hanya jadi keyboard warrior menyalahkan sana dan sini kerana akhirnya yang menanggung kesusahan adalah diri kita sendiri. Sebagaimana telah Kerajaan lakukan memotong bajet 2015 maka kita pun kena lakukan sesuatu sebelum menjadi lebih teruk.
Pilihan kita ada dua samada meningkatkan pendapatan atau memotong perbelanjaan.
1. Tukar kereta sekarang kepada yang lebih rendah bayaran bulanan supaya berkurangan hutang atau mengisi kereta kita dengan produk yang boleh dijual kepada kawan-kawan untuk menambahkan pendapatan.
2. Menukar pakej broadband kepada yang paling murah untuk mengurangkan perbelanjaan atau buat bisnis online seperti buat blog, bisnis affiliate atau jaul produk online untuk menambah pendapatan. Kepada yang nak belajar cara buat duit online ada banyak cara antaranya cara menjana komisen dengan Klikjer mana tahu boleh dapat income seperti di bawah ini.
3. Lebihkan masa duduk di rumah untuk mengurangkan perbelajaan yang tidak perlu atau kita keluar buat kerja sampingan seperti buat MLM, jual insuran atau berniaga pasar malam untuk menambah pendapatan. Kita tidak boleh terlalu memilih pekerjaan sampingan yang penting boleh menjana pendapatan sampingan bukan sekadar mengembirakan hati sendiri tapi duit tak masuk.
4. Mencari rumah sewa yang lebih murah untuk mengurangkan berbelanjaan atau rumah yang ada sekarang kita isi dengan produk-produk yang kita boleh jual secara online, jual pada kawan-kawan ofis atau jual di pasar malam untuk meningkatkan pendapatan. Isteri juga boleh menambah pendapatan dari rumah seperti binis baju kurung yang boleh dijual melalui instagram dan FB.
5. Menjual saham-saham yang berada dalam posisi untung seperti sahan FGV atausaham-saham lain yang dana keuntungan boleh digunakan untuk membeli kembali saham yang sama apabila harga turun banyak.
6. Banyak memberi sehingga apabila tangan kanan memberi tangan kiri pun tak tahu. Memberi akan membuka lebih banyak pintu rezeki yang tidak disangka-sangka sepertikisah umat Nabi Musa a.s yang memberi ketika susah.
7. Kongsikan cadangan anda diruangan komen.
Sebenarnya ALLAH dalam Al Quran telah mengajar kita untuk merancang kewangan cuma kekadang kita terlepas pandang. Aku memilih untuk menambah pendapatan dan berjimat mana yang perlu untuk persediaan masa susah. Bagaimana pulak anda? Kalau masih binggung mencari peluang jom kita ngopi mana tahu ada idea yg boleh dibincangkan bersama kerana kerja yg terbaik adalah kerja berjemaah.
(Setelah ia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”. Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”. – ayat 46 – 49 Surah Yusof
0 Komentar untuk "Persediaan menghadapi kemerosotan ekonomi dunia"