Masakan simple dan sedap!

Assalamualaikum,haa harini dekna nak share 4 resipi yang simple dan sedap! bauuu dia memang tip top.rasa dia lagi ummph!

Ok first sayur...


Sayur campur

Bahan-bahan :

1.sayur kegemaran tak kisah apa2
2.bawang putih 3 biji
3.ayam @ pedal dipotong kecik di salut dgn kunyit,digoreng dahulu
4.cili api
5.Maggi secukup rasa

Cara memasak :

1.goreng ayam sampai masak
2.tumis bawang putih dan cili api yang ditumbuk
3.masukkan sayur gaulkan
4.masukkan secukup rasa gaul lagi sehingga masak dan kucap.

siap.

Ikan patin bakar berempah / bakar tempoyak


ikan patin bakar berempah

bahan-bahan :

1.serbuk kari
2.bawang putih 4biji/bawang besar 1
3.halia
4.cili kering/gula/garam @ secukup rasa
5.air asam jawa
6.daun pisang

cara memasak :

1.kisar semua bahan di atas dan masak,kalau tak masak betul2 sakit perut tau!
2.lepas masak lumurkan di atas ikan dan balut di atas daun pisang
3.bakar sehingga masak ( boleh guna oven or kuali pemanggang)

ikan patin bakar tempoyak

bahan-bahan :

1.bawang putih 3/4 biji
2.kunyit
3.cili api
4.gula garam @ secukup rasa
5.daun pisang
6.tempoyak

cara memasak :

1.tumbuk semua bahan tadi kecuali daun pisang.hahahaaa. pahtu gaulkan sekali dgn tempoyak
2.lumurkan di atas ikan balutkan dgn daun pisang
3.bakar sehingga masak



Sotong sambal cili api


bahan-bahan :

1.cili api ikut nak banyak mana
2.bawang putih
3.halia
4.sotong
5.bawang besar

cara memasak :
1.tumbuk cili api/bawang putih/halia
2.tumis bahan yg ditumbuk td
3.masukkan sotong,masak sotong sehingga lembut. kalau taknak keras slowkan api.
4.masukkan bawang besar dan gaul sebati sehingga masak!

siappp

alright thats all for now thanks for reading and yes you can share this recipe and spread to others
favourite dekna ikan bakar tempoyak!

memang superb!

0 Komentar untuk "Masakan simple dan sedap!"