Roman-Cinta yang indah!
"Sehari hari, ada saja fotonya yang diupload di laman muka buku itu. Lambakan komen memuji dan mendoakan tak henti-henti menempek pada foto yang di upload. Mana tidaknya dipuji, foto itu adalah adalah gambar dia dan suami tercinta... dilihat sangat intim."
Cinta suci tampak mual
Berpeluk, cumbuan mesra menjadi perkara biasa. Tentu saja kerna mereka sudah halal dan bergelar suami isteri. Sungguh! ia nampak mesra tanpa menafikan mungkin ramai yang memuji. Cumanya jangan dilupa, waspada juga pada mata-mata yang sentiasa berdengki dan ada iri hati. Tujuan cinta adalah sampai ke syurga. Kita tak harap pujian ahli dunia, hanya di cari redha dari-NYA.
Tidaklah penulisan ini cuba menghalang penzahiran cinta dari pasangan-pasangan ini, cumanya dimohon agar bisa penzahiran cinta itu sebatas rasa yang sederhana bila dipaparkan kepada umum. Tidak keterlaluan dan menonjol sehingga mereka mulai loya dan mual. Sangat tidak logik bila ada yang mual pada cinta suci dan halal tetapi inilah hakikat bila ia didedahkan dengan melampau.
Kongsilah detik bahagia suami isteri secara sederhana gaya yang sopan dan tidak secara keterlaluan. Aksi peluk, cumbuan dan luahan cerita cinta di dalam kamar anda itu simpan saja di dalamnya.
Cinta Bukan tuhan
Cinta hanya derapan rasa dari luahan hati yang asyik pada sesuatu. Ia sekadar perasaan bukannya tuhan! Tidak semua kehendak cinta wajib dipenuhi. Ketika merasakan cinta yang suci itu sudah melanggar norma-norma dan batas sifat manusia yang fitrah. Halangilah ia dari terus melebar.
Kita khuatir penyakit roman cinta berlebih menimpa asatizah yang baru bernikah menular tanpa henti. Ia ibarat virus, laju tapi sukar dibendung.
Kita faham tentang usaha menampakkan masing-masing sayang dan cinta kepada pasangan. Tetapi bila berlebihan rasa itu dipaparkan di laman sosial tentunya ia banyak membuka ruang pintu kejahatan dan fitnah dari tangan-tangan yang dengki.
Kita faham tentang usaha menampakkan masing-masing sayang dan cinta kepada pasangan. Tetapi bila berlebihan rasa itu dipaparkan di laman sosial tentunya ia banyak membuka ruang pintu kejahatan dan fitnah dari tangan-tangan yang dengki.
Janganlah sampai gambar suami sakit sehingga menampakkan auratpun ingin ditonjolkan. Si suami yang sedang tidur di ruang tamu ingin dihebohkan, dan isteri merajuk di dapur pun ingin diberitakan?
Rasionallah, apakah ada manfaat jika dihebohkan penuh keterujaan. Tidak lain hanya sedikit membuka seluruh rahsia dan pekung rumah tangga.
Rasionallah, apakah ada manfaat jika dihebohkan penuh keterujaan. Tidak lain hanya sedikit membuka seluruh rahsia dan pekung rumah tangga.
Wahai yang tercinta, ujian dari tuhan tak akan berakhir sampai kita mati. Apatah lagi nikah itu adalah ibadah tentunya syaitan akan cuba mencari peluang untuk membantutkan usaha dari terus melaksana pahala dan meraih redha tuhan.
Kerana cinta hanyalah alat dan bukan tujuan pastinya perlu dimanfaatkan untuk capai tujuan yang benar dari tuhan yang Maha Benar.
Hidupkan romancinta yang tulen.
"Romancinta” di atas tajuk ini membawa maksud perasaan romantis di dalam cinta atau merasa cinta di dalam hati. Perasaan yang sangat dalam di dalam hati yang tidak terzahir hanya sekdar ungakapan tapi pada rasa yang tulen.
Mari hidupkan romancinta yang tulen. Jesteru lihat saja tokoh dan cendekiawan Islam yang hebat, jarang sekali mereka memaparkan wajah isteri dan betapa romantisnya mereka ketika bersama. Tetapi di satu sudut jauh, kita percaya mereka hebat pada saat ini pasti di baliknya mempunyai isteri yang juga kuat.
Romantis hanyalah perihal alam rumah tangga, bukan sebagai berita yang bertalu di laman sosial. Pandailah kita membatasi dan menjaganya. Sayang isteri biarlah dia saja yang tahu, cinta suami biar dia saja yang rasa.
Buat pasangan yang sudah berbaitul muslim, selamat diucapkan. Ciptalah keindahan rasa dan cinta yang baik itu di bawah lembayung redhanya. Roman-Cinta itu indah!
0 Komentar untuk "kerana-disalahkan-roman-cinta-itu"