Assalam . Bagi para blogger otai yang bermain SEO dan juga yang sering sertai kontest SEO mesti tidak asing lagi dengan perkataan SERP . Blogger baru seperti aku semestinya cetek lagi ilmu berkaitan SEO . Tapi dari hari ke hari aku akan cuba untuk pelajari benda baru untuk menjadi yang terbaik .
Apa Itu SERP ? ?
SERP merupakan singkatan dari perkataan ' Seacrh Engine Result Page ' . Iaitu sesebuah entri yang keluar di hasil pencarian halaman google setelah pengguna memasukkan kata kunci pencarian . Contoh aku memasukkan kata kunci ' jom aktifkan mykad ' , dan google akan menyenaraikan entri yang berkaitan dengan jom aktifkan mykad .
Nampak ? ? Kata kunci pencarian ' jom aktifkan mykad ' dari blog ini berada di bawah sekali . Bermakna SEO bagi blog ini newbie lagi . SERP bagi sesebuah entri boleh berubah dari masa ke semasa bergantung kepada persaingan dari kata kunci tersebut . Banyak yang perlu dipelajari . Pencarian pertama yang dikeluarkan oleh google berdasarkan keyword tersebut bermakna blog tersebut berkualiti dan diminati oleh google .
Cara Menjadi No 1 Di Pencarian Google
Untuk menjadi pertama yang disenaraikan oleh google terdapat beberapa faktor yang boleh digunakan oleh penulis blog . Antaranya adalah dengan mendaftarkan domain blog dengan google webmaster , pasang meta tag pada blog , optimasikan penulisan entri blog , on page SEO , off page SEO , jumlah backlink yang berkualitipada blog dan juga template blog itu sendiri . Mungkin juga terdapat pelbagai lagi cara yang boleh diguna pakai .
Tidak mustahil untuk kita menjadi pertama seperti blogger-blogger otai lain . Ilmu , teknik dan usaha yang betul boleh membawa kita kepada kejayaan tersebut .
Di entri selepas ini pula inshaAllah aku akan tunjukkan pula cara untuk mengetahui kedudukan entri blog di serp google . Semoga bermanfaat dengan entri mengenaiSERP ini .
0 Komentar untuk " Apa Itu Serp ? ?"